welcome to cute alia space...

banyak info boleh dikongsi...

banyak cerita boleh diamati...
banyak celoteh boleh ditayangi...
hem...bertandanglah ke mari...mencari cinta sejati...
semoga sentiasa dirahmati...dari pencinta dan pencipta...ILLAHI...

Ahad, 29 Mac 2009

pameran tenunanku 2007

TENUNAN ASLI SEMESTER 2 DI UPSI, TANJUNG MALIM PAMERAN
DEKAN FAKULTI SENI DAN MUZIK
sedang menjenguk dan menilai hasil tenunku...beliau ada bertanya "kalau saya nak beli, brape kamu jual kat saya?"
tau ape saya jawab? "sy tak berniat nak jual produk ni..sebab saya sayangkan produk saya! tp mgkin sy jual jg lau orang tu btl2 nak..."
lucukan saya menjawab?haha...masa tu budak2 lagi!! lagi2 dekan yang bertanya, gemuruh darah gue!!! hahaha...em


TENUNAN?
SIAPA yang tidak pernah dengar perkataan itu dan siapa yang tidak pernah lihat hasil tenunan sepanjang hidupnya?
hakikatnya, semua orang pernah melihat dan sekarang semua orang dapat merasai memakai kain yang ditenun sama ada tunanan pahang, kelantan dan terengganu.malah perusahaan tenun ini semakin dominan dan produknya mendapat galakan dan sambutan sehingga kini.
emmm...saya sebenarnya nak tunjukkan pada kawan-kawan yang melayari ruangan saya ni...orang kata nak berkongsi pengalaman hidup dalam bidang yang diceburi!!!

huhu...pada semester kedua di UPSI, sy telah mengambil satu kursus iaitu bidang tenunan selain daripada batik. pada akhir sem, kami telah mengadakan satu pameran besar yang julung-julung kali diadakan dan ramai yang datang termasuklah pelajar sekolah daripada kelantan, selangor dan ada juga daripada area KL melihat dan membeli produk kami di sini.


bersempena juga dengan persembahan fesyen bagi pelajar BATIK ASAS dan BATIK LANJUTAN. pada masa itu, saya tidak mengambil bidang itu. oleh yang demikian, sy mengambil kursus tenunan dan sy sangat berpuas hati dengan produk yang telah saya hasilkan. itu adalah antara produk yang pernah saya hasilkan sendiri.
kepenatan sangat dirasai.namun sungguhpun begitu, sya sngat suka pameran sebegini diadakan kerana dapat mengcungkil dan menunjukkan bakat-bakat pelajar sungguhpun mereka akan berkhidmat sebagai seorang guru di sekolah kelak...
semasa saya belajar tenunan, sy dapat mengetahui pelbagai jenis dan teknik serta motif..biasa kita tgk dalam buku, kita hanya melihat dan membaca.tp kita tak pernah merasai langkah demi langkah pembuatannya kan?amat menyeronokkan lebih2 lagi bila kita dapat menghasilkan sesuatu. em
so minat2 lah kamu pada perkara yang baik dan sangat bagus tuk dimanfaatkan.sebenarnya tenunan banyak menguji diri saya.

MORAL : NILAI KESABARAN PERLU ADA DALAM DIRI SEMASA MENGHASILKANNYA..
(saya belum lagi menunjukkan proses demi proses penghasilan tenunan ini...)
RASIONAL : MENGAJAR SAYA ERTI TIDAK PUTUS ASA DAN SENTIASA BERSEMANGAT!
IDENTITI : MASYARAKAT MELAYU YANG PERLU KITA HAYATI DAN JADIKAN AMALAN (saya cakap macam ni sebab ini adalah hasil masyarakat melayu tradisional dan ia merupakan salah satu identiti masyarakat ini yang perlu dipelihara sampai bila2..saya juga ingin tegaskan bahawa ia juga dapat mencerminkan budaya dan adat masyarakat melayu dahulu).

"(^;^)" SMILE ALWAYS IS ME!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan