welcome to cute alia space...

banyak info boleh dikongsi...

banyak cerita boleh diamati...
banyak celoteh boleh ditayangi...
hem...bertandanglah ke mari...mencari cinta sejati...
semoga sentiasa dirahmati...dari pencinta dan pencipta...ILLAHI...

Isnin, 29 Jun 2009


WE....OUR FRIENDSHIP...LIKE MOON N THE SUN....VERY PROUD WITH TOGETHER....TO CREATE SOME DREAM FOR OUR FUTURE.....GOOD WILLING.....

INSYAALLAH.....

WE ARE TOGETHER FOREVER AND EVER....

DEAR...

Jumaat, 26 Jun 2009

assalamualaikum
Seorang ustaz pegi ka Hospital jumpa Doctor kerana sakit..

doctor : apa khabar pakcik

ustaz : adalah nak jumpa pasal sakit ni

doctor : pakcik sakit apa, dah berapa lama sakit

ustaz : pakcik dah ngidap 3 tahun kecing manis dan klostrol

doctor : pakcik keja apa :

ustaz : pakcik ni ustaz pension

Dalam hati Doctor " patut lah banyak undangan nih"

Doctor : Biasa lah ustaz bila umor meningkat

Ustaz : Sakit itu satu ujian jugak , di beri sehat dan sakit

Doctor : saya dah 50 tahun sentiasa jaga kesihatan , saya tak ada penyakit sikit pun tak ada semua clear, kencingmanis, darah tinggi, klostrol jantung dan buah pinggang pokoknya semua lah sehat..

Ustaz : Itu tak bolih doctor, kita mesti minta satu penyakit kalau tak yang berat ringgan pun jadi lah, sakit perut atau kaki kah..


Doctor rasa binggung dan pelik orang tua ni.

Doctor : Kenapa Plak ustaz...

Ustaz : Itu lagi susah ...kalau doctor sentiasa sehat tak ada penyakit , dua saja pilihan nya..MATI ACCIDENT ATAU UMUR PANJANG 130 TAHUN TAPI TAK DAPAT DAPAT BANGUN DARI KATIL kan menyusahkan jugak anak cucu doctor nanti...

Doctor senyum tapi nampak takut.

Doctor ; Ia tak yeh jugak ustaz !!


Wallahu a'lam


Buang stress saja....Ini sekadar ingat mengingati sesama insan saja.

(sumber : blog halaqah...)

***JANgAn HanYut Di LauTaN CINTA...***

....fahami sejarah HARI VALENTINE...
Ucapan HAPPY VALENTINE'S DAY, I WISH YOU WILL BE MY VALENTINE serta pemberian hadiah jambangan ros merah, belon berbentuk hati yang tertera I LOVE YOU.., adalah antara cara popular serta acap kali dilakukan apabila tibanya Hari Kekasih atau Valentine's Day, setiap 14 Februari...

FATWA HARI VALENTINE
Sambutan 14 Februari yang dirayakan sebagai Hari Kekasih atau Valentine's Day oleh muda- mudi di Malaysia sebenarnya bercanggah dengan Islam. Al- islam mendapatkan fatwa lengkap yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Negeri Johor berhubung dengan hukum umat Islam menyambut Hari Kekasih... berikut merupakan fatwa...

HUKUM UMAT ISLAM MENYAMBUT HARI KEKASIH...

1. tanggal 14 februari setiap tahun, seluruh penduduk khususnya Amerika dan Eropah akan meraikan Hari Valentine, iaitu satu hari rasmi untuk menyatakan rasa kasih sayang kepada pasangan masing-masing.

2. ada yang saling bertukar-tukar bunga ros merah, mengirimkan kad ucapan dan hadiah, mengumandangkan lagu-lagu cinta dan asmara, menyambut upacara tari menari besar-besaran di disko-disko bersama minuman arak. mengadakan acara makan malam dengan disinari cahaya lilin, bertukar-tukar perasaan di taman-taman bunga sehingga berkucupan dan akhirnya sanggup menggadaikan kehormatan sendiri demi membuktikan kesetiaan kepada teman masing-masing, sedangkan mereka tidak ada hubungan yang sah di sisi agama yang mengharuskan mereka berbuat demikian.

3. tidak dinafikan ada umat Islam di negara ini turut meraikan Hari Valentine. mereka meraikan hanya kerana suka-suka terikut-ikut untuk mendapatkan keseronokan tanpa mengetahui asal-usul dan sejarah hari tersebut.

4. hari kekasih yang dibawa oleh orang Barat tanpa disedari , bertujuan untuk melekakan serta merosakkan akidah dan akhlak masyarakat Islam, kerana kebiasaannya senario menyambut Hari Kekasih berlaku di kalangan remaja Islam. sungguhpun ia belum sampai ke tahap yang kronik, namun begitu ia boleh menyumbang kepada pelbagai kerosakan akidah dan akhlak dan budaya umat Islam sekiranya tidak ada sebarang tindakan dibuat untuk menyedar dan menginsafkan mereka.

5. harus diingat, mengamalkan dan mengikut budaya asing terutama dalam meraikan hari tertentu tanpa mengetahui latar belakang perayaan itu sebenarnya akan menjerumuskan umat Islam kepada kehancuran. hal ini kerana perlakuan seperti ini bukan sahaja menjejaskan keimanan dan akidah mereka.

sehubungan itu, kertas kerja berkaitan dengan hukumm umat Islam menyambut hari kekasih telah dibentang dan dibahaskan dengan teliti oleh Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor pada 25 Zulkaedah 1426H bersamaan 27 Disember 2005. setelah dilihat dengan penuh penelitian, maka jawatankuasa Fatwa mengambil keputusan berikut iaitu :
"Amalan merayakan Hari Kekasih tidak pernah dianjurkan oleh Islam. roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dengan akidah, syariah dan akhlak Islamiah serta dilarang oleh Islam. oleh itu, umat Islam adalah dilarang melibatkan diri dalam meraikan hari tersebut.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71, yang telah bersidang pada 20 hingga 21 Syawal 1426H bersamaan 22 hingga 24 November 2005 di Kuching, Sarawak juga telah memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine's Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam dan roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur kristian seperti yang dinyatakan diatas...
(sumber : majalah al-islam: edisi februari 2009,oleh Nurul Ain Latif).
oleh yang demikian, kita sebagai umat Islam dan warganegara Malaysia yang sentiasa menjaga maruah dan memartabatkan nilai-nilai Islam di Malaysia seharusnya mengambil tahu perkara yang sepatut dan yang tidak sepatutnya diamalkan oleh budaya masyarakat Islam khususnya bagi golongan remaja yang sedang hangat dilanda gelora bercinta....ingatlah kita berpesan-pesanlah demi kebaikan bersama...