welcome to cute alia space...

banyak info boleh dikongsi...

banyak cerita boleh diamati...
banyak celoteh boleh ditayangi...
hem...bertandanglah ke mari...mencari cinta sejati...
semoga sentiasa dirahmati...dari pencinta dan pencipta...ILLAHI...

Selasa, 31 Ogos 2010

lama dah xaktif blog...

erm mgkin lepas2 niey aku bangkit semula menulis blog....tentang kehidupan...ermmm...lama sangat dah tak aktif...moga2 segala kisah kehidupan yg bakal dipaparkan dihayati oleh pembaca blog dan dimanfaat serta diambil pengajaran melalui kisah ceritanya...nantikan! hihihihi...

Khamis, 1 Oktober 2009

meh sini nk dgr crito gak...

lagu ni...adalah manusia yang dipanggil spesies jahat mulut...busuk hati....dengki tahap cipan...hem...manusia lagu ni bergelar manusia yang bertopengkan manusia...hahaha...em
alkisahnye....orang ni dalam keadaan baik pada mula perkenalan...baik po aur nga tebing...macam dalam crita baik punye cilok....hem tak sampai satu purnama....dah timbul ketidakselesaan antara mereka....padahal bukan pe2 pun....
hem....kerana desakan nafsu.....nafsu yang terlalu dilayan....itulah nafsu....bukan syawat...tp nafsu jahat dan hasad...sebenarnya nafsu ni lah yang paling ditakuti oleh orang yang baik-baik....hem...kamu semua kena ingat....tak baik kita berhasad dengki dengan orang lain...sebenarnya manusia yang macam ni hanya berhasad pada orang yang lebih daripada mereka...padahal bengap sangat ke nak pk yang lebih dan kurang itu hanya datang daripada qada' dan qadar masing-masing....betul tak korang? hem...
tak baik kita membuat orang trase nga kita...lau mereka lebih...itu dah rezki mereka....jangan ak mengata....bt dosa aje....hem korang pun boleh pk juga kan?...benda ni memang lumrah...tp kita tak payah nak tambah lumrah lagi....hem...so the moral of this story about....jgn kita jadi macam ni..nati bukan saja orang benci tp allah juga bencikan mereka...nati mati masuk neraka...nk3? so buatlah perkara yang mendatangkan kebajikan daripada kejahilan...em...orang pun semakin sayang....allah pun sayangkan orang yang baik2..tengoklah nati orang yang bayak mengata-ngata dan hasad dengki boleh jatuhkan air muka sendiri...fikir-fikirkanlah....bye....

Isnin, 14 September 2009

PERAGAAN PAKAIAN REVOLUSI TRADISI MASYARAKAT DALAM MALAYSIA..


NI la dia....kenangan bersama kawan-kawan...orang kata..kenangan ni boleh ingat sepanjang hayat...em tanggal 30 hb sem 6 lepas, aku nga partner telah memakai sepasang baju kadazan panampang yang direka khas oleh sahabt karib daripada terengganu dan sabah ba...em cantik..sangat cantik..dan lagi cantik bila si pemakainya juga ayu dan cantik..ahaks...haha..nk ngutuk r tu!!! tak baikkk....em busana perempuan tu sesuai digaya oleh wanita muslimah yang suka bergaya dengan jubah. tambahan pula, ia juga sesuai bila nak ke luar negara kerana ketebalan baju ini dapat menampung kesejukan yang dialami oleh pemakai ketika berada di luar negara pada musim salji..hahaha...gurau je...manakala, pakaian lelaki pula menampilkan gaya pahlawan melayu sewaktu zaman kesultanan melayu melaka dahulu...bak kata orang tua tak tua, pahlawan jebat!! hahaha..em ...tgk lah!! cantik kan? tak tipu!!! em kita tgk lah designer yang telah berjaya mencipta nama dalam group members nyer...ni la orangnya




ini merupakan designer terkemuka KH 2009..hehe..bernama amira dan abg J...yang diorang pakai sekarang ialah pasangan baju asal masyarakat kadazan panampang manakala yang aku dan partner ku pakai adalah pasangan baju yang telah diinovasi dan evolusikan mengikut kreativiti pereka...cantik kan?mesti lah...huhu..dan ini adlah bersempena dengan hari penilaian hasil kerja akhir mereka dalam paper jahitan di UPSI...mesti mereka dapat markah penuh nyer!!k itu saje!!
good bye

Isnin, 29 Jun 2009


WE....OUR FRIENDSHIP...LIKE MOON N THE SUN....VERY PROUD WITH TOGETHER....TO CREATE SOME DREAM FOR OUR FUTURE.....GOOD WILLING.....

INSYAALLAH.....

WE ARE TOGETHER FOREVER AND EVER....

DEAR...

Jumaat, 26 Jun 2009

assalamualaikum
Seorang ustaz pegi ka Hospital jumpa Doctor kerana sakit..

doctor : apa khabar pakcik

ustaz : adalah nak jumpa pasal sakit ni

doctor : pakcik sakit apa, dah berapa lama sakit

ustaz : pakcik dah ngidap 3 tahun kecing manis dan klostrol

doctor : pakcik keja apa :

ustaz : pakcik ni ustaz pension

Dalam hati Doctor " patut lah banyak undangan nih"

Doctor : Biasa lah ustaz bila umor meningkat

Ustaz : Sakit itu satu ujian jugak , di beri sehat dan sakit

Doctor : saya dah 50 tahun sentiasa jaga kesihatan , saya tak ada penyakit sikit pun tak ada semua clear, kencingmanis, darah tinggi, klostrol jantung dan buah pinggang pokoknya semua lah sehat..

Ustaz : Itu tak bolih doctor, kita mesti minta satu penyakit kalau tak yang berat ringgan pun jadi lah, sakit perut atau kaki kah..


Doctor rasa binggung dan pelik orang tua ni.

Doctor : Kenapa Plak ustaz...

Ustaz : Itu lagi susah ...kalau doctor sentiasa sehat tak ada penyakit , dua saja pilihan nya..MATI ACCIDENT ATAU UMUR PANJANG 130 TAHUN TAPI TAK DAPAT DAPAT BANGUN DARI KATIL kan menyusahkan jugak anak cucu doctor nanti...

Doctor senyum tapi nampak takut.

Doctor ; Ia tak yeh jugak ustaz !!


Wallahu a'lam


Buang stress saja....Ini sekadar ingat mengingati sesama insan saja.

(sumber : blog halaqah...)

***JANgAn HanYut Di LauTaN CINTA...***

....fahami sejarah HARI VALENTINE...
Ucapan HAPPY VALENTINE'S DAY, I WISH YOU WILL BE MY VALENTINE serta pemberian hadiah jambangan ros merah, belon berbentuk hati yang tertera I LOVE YOU.., adalah antara cara popular serta acap kali dilakukan apabila tibanya Hari Kekasih atau Valentine's Day, setiap 14 Februari...

FATWA HARI VALENTINE
Sambutan 14 Februari yang dirayakan sebagai Hari Kekasih atau Valentine's Day oleh muda- mudi di Malaysia sebenarnya bercanggah dengan Islam. Al- islam mendapatkan fatwa lengkap yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Negeri Johor berhubung dengan hukum umat Islam menyambut Hari Kekasih... berikut merupakan fatwa...

HUKUM UMAT ISLAM MENYAMBUT HARI KEKASIH...

1. tanggal 14 februari setiap tahun, seluruh penduduk khususnya Amerika dan Eropah akan meraikan Hari Valentine, iaitu satu hari rasmi untuk menyatakan rasa kasih sayang kepada pasangan masing-masing.

2. ada yang saling bertukar-tukar bunga ros merah, mengirimkan kad ucapan dan hadiah, mengumandangkan lagu-lagu cinta dan asmara, menyambut upacara tari menari besar-besaran di disko-disko bersama minuman arak. mengadakan acara makan malam dengan disinari cahaya lilin, bertukar-tukar perasaan di taman-taman bunga sehingga berkucupan dan akhirnya sanggup menggadaikan kehormatan sendiri demi membuktikan kesetiaan kepada teman masing-masing, sedangkan mereka tidak ada hubungan yang sah di sisi agama yang mengharuskan mereka berbuat demikian.

3. tidak dinafikan ada umat Islam di negara ini turut meraikan Hari Valentine. mereka meraikan hanya kerana suka-suka terikut-ikut untuk mendapatkan keseronokan tanpa mengetahui asal-usul dan sejarah hari tersebut.

4. hari kekasih yang dibawa oleh orang Barat tanpa disedari , bertujuan untuk melekakan serta merosakkan akidah dan akhlak masyarakat Islam, kerana kebiasaannya senario menyambut Hari Kekasih berlaku di kalangan remaja Islam. sungguhpun ia belum sampai ke tahap yang kronik, namun begitu ia boleh menyumbang kepada pelbagai kerosakan akidah dan akhlak dan budaya umat Islam sekiranya tidak ada sebarang tindakan dibuat untuk menyedar dan menginsafkan mereka.

5. harus diingat, mengamalkan dan mengikut budaya asing terutama dalam meraikan hari tertentu tanpa mengetahui latar belakang perayaan itu sebenarnya akan menjerumuskan umat Islam kepada kehancuran. hal ini kerana perlakuan seperti ini bukan sahaja menjejaskan keimanan dan akidah mereka.

sehubungan itu, kertas kerja berkaitan dengan hukumm umat Islam menyambut hari kekasih telah dibentang dan dibahaskan dengan teliti oleh Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor pada 25 Zulkaedah 1426H bersamaan 27 Disember 2005. setelah dilihat dengan penuh penelitian, maka jawatankuasa Fatwa mengambil keputusan berikut iaitu :
"Amalan merayakan Hari Kekasih tidak pernah dianjurkan oleh Islam. roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dengan akidah, syariah dan akhlak Islamiah serta dilarang oleh Islam. oleh itu, umat Islam adalah dilarang melibatkan diri dalam meraikan hari tersebut.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71, yang telah bersidang pada 20 hingga 21 Syawal 1426H bersamaan 22 hingga 24 November 2005 di Kuching, Sarawak juga telah memutuskan bahawa amalan merayakan Valentine's Day tidak pernah dianjurkan oleh Islam dan roh perayaan tersebut mempunyai unsur-unsur kristian seperti yang dinyatakan diatas...
(sumber : majalah al-islam: edisi februari 2009,oleh Nurul Ain Latif).
oleh yang demikian, kita sebagai umat Islam dan warganegara Malaysia yang sentiasa menjaga maruah dan memartabatkan nilai-nilai Islam di Malaysia seharusnya mengambil tahu perkara yang sepatut dan yang tidak sepatutnya diamalkan oleh budaya masyarakat Islam khususnya bagi golongan remaja yang sedang hangat dilanda gelora bercinta....ingatlah kita berpesan-pesanlah demi kebaikan bersama...

Ahad, 29 Mac 2009

pameran tenunanku 2007

TENUNAN ASLI SEMESTER 2 DI UPSI, TANJUNG MALIM PAMERAN
DEKAN FAKULTI SENI DAN MUZIK
sedang menjenguk dan menilai hasil tenunku...beliau ada bertanya "kalau saya nak beli, brape kamu jual kat saya?"
tau ape saya jawab? "sy tak berniat nak jual produk ni..sebab saya sayangkan produk saya! tp mgkin sy jual jg lau orang tu btl2 nak..."
lucukan saya menjawab?haha...masa tu budak2 lagi!! lagi2 dekan yang bertanya, gemuruh darah gue!!! hahaha...em


TENUNAN?
SIAPA yang tidak pernah dengar perkataan itu dan siapa yang tidak pernah lihat hasil tenunan sepanjang hidupnya?
hakikatnya, semua orang pernah melihat dan sekarang semua orang dapat merasai memakai kain yang ditenun sama ada tunanan pahang, kelantan dan terengganu.malah perusahaan tenun ini semakin dominan dan produknya mendapat galakan dan sambutan sehingga kini.
emmm...saya sebenarnya nak tunjukkan pada kawan-kawan yang melayari ruangan saya ni...orang kata nak berkongsi pengalaman hidup dalam bidang yang diceburi!!!

huhu...pada semester kedua di UPSI, sy telah mengambil satu kursus iaitu bidang tenunan selain daripada batik. pada akhir sem, kami telah mengadakan satu pameran besar yang julung-julung kali diadakan dan ramai yang datang termasuklah pelajar sekolah daripada kelantan, selangor dan ada juga daripada area KL melihat dan membeli produk kami di sini.


bersempena juga dengan persembahan fesyen bagi pelajar BATIK ASAS dan BATIK LANJUTAN. pada masa itu, saya tidak mengambil bidang itu. oleh yang demikian, sy mengambil kursus tenunan dan sy sangat berpuas hati dengan produk yang telah saya hasilkan. itu adalah antara produk yang pernah saya hasilkan sendiri.
kepenatan sangat dirasai.namun sungguhpun begitu, sya sngat suka pameran sebegini diadakan kerana dapat mengcungkil dan menunjukkan bakat-bakat pelajar sungguhpun mereka akan berkhidmat sebagai seorang guru di sekolah kelak...
semasa saya belajar tenunan, sy dapat mengetahui pelbagai jenis dan teknik serta motif..biasa kita tgk dalam buku, kita hanya melihat dan membaca.tp kita tak pernah merasai langkah demi langkah pembuatannya kan?amat menyeronokkan lebih2 lagi bila kita dapat menghasilkan sesuatu. em
so minat2 lah kamu pada perkara yang baik dan sangat bagus tuk dimanfaatkan.sebenarnya tenunan banyak menguji diri saya.

MORAL : NILAI KESABARAN PERLU ADA DALAM DIRI SEMASA MENGHASILKANNYA..
(saya belum lagi menunjukkan proses demi proses penghasilan tenunan ini...)
RASIONAL : MENGAJAR SAYA ERTI TIDAK PUTUS ASA DAN SENTIASA BERSEMANGAT!
IDENTITI : MASYARAKAT MELAYU YANG PERLU KITA HAYATI DAN JADIKAN AMALAN (saya cakap macam ni sebab ini adalah hasil masyarakat melayu tradisional dan ia merupakan salah satu identiti masyarakat ini yang perlu dipelihara sampai bila2..saya juga ingin tegaskan bahawa ia juga dapat mencerminkan budaya dan adat masyarakat melayu dahulu).

"(^;^)" SMILE ALWAYS IS ME!!!