welcome to cute alia space...

banyak info boleh dikongsi...

banyak cerita boleh diamati...
banyak celoteh boleh ditayangi...
hem...bertandanglah ke mari...mencari cinta sejati...
semoga sentiasa dirahmati...dari pencinta dan pencipta...ILLAHI...

Ahad, 29 Mac 2009

pameran tenunanku 2007

TENUNAN ASLI SEMESTER 2 DI UPSI, TANJUNG MALIM PAMERAN
DEKAN FAKULTI SENI DAN MUZIK
sedang menjenguk dan menilai hasil tenunku...beliau ada bertanya "kalau saya nak beli, brape kamu jual kat saya?"
tau ape saya jawab? "sy tak berniat nak jual produk ni..sebab saya sayangkan produk saya! tp mgkin sy jual jg lau orang tu btl2 nak..."
lucukan saya menjawab?haha...masa tu budak2 lagi!! lagi2 dekan yang bertanya, gemuruh darah gue!!! hahaha...em


TENUNAN?
SIAPA yang tidak pernah dengar perkataan itu dan siapa yang tidak pernah lihat hasil tenunan sepanjang hidupnya?
hakikatnya, semua orang pernah melihat dan sekarang semua orang dapat merasai memakai kain yang ditenun sama ada tunanan pahang, kelantan dan terengganu.malah perusahaan tenun ini semakin dominan dan produknya mendapat galakan dan sambutan sehingga kini.
emmm...saya sebenarnya nak tunjukkan pada kawan-kawan yang melayari ruangan saya ni...orang kata nak berkongsi pengalaman hidup dalam bidang yang diceburi!!!

huhu...pada semester kedua di UPSI, sy telah mengambil satu kursus iaitu bidang tenunan selain daripada batik. pada akhir sem, kami telah mengadakan satu pameran besar yang julung-julung kali diadakan dan ramai yang datang termasuklah pelajar sekolah daripada kelantan, selangor dan ada juga daripada area KL melihat dan membeli produk kami di sini.


bersempena juga dengan persembahan fesyen bagi pelajar BATIK ASAS dan BATIK LANJUTAN. pada masa itu, saya tidak mengambil bidang itu. oleh yang demikian, sy mengambil kursus tenunan dan sy sangat berpuas hati dengan produk yang telah saya hasilkan. itu adalah antara produk yang pernah saya hasilkan sendiri.
kepenatan sangat dirasai.namun sungguhpun begitu, sya sngat suka pameran sebegini diadakan kerana dapat mengcungkil dan menunjukkan bakat-bakat pelajar sungguhpun mereka akan berkhidmat sebagai seorang guru di sekolah kelak...
semasa saya belajar tenunan, sy dapat mengetahui pelbagai jenis dan teknik serta motif..biasa kita tgk dalam buku, kita hanya melihat dan membaca.tp kita tak pernah merasai langkah demi langkah pembuatannya kan?amat menyeronokkan lebih2 lagi bila kita dapat menghasilkan sesuatu. em
so minat2 lah kamu pada perkara yang baik dan sangat bagus tuk dimanfaatkan.sebenarnya tenunan banyak menguji diri saya.

MORAL : NILAI KESABARAN PERLU ADA DALAM DIRI SEMASA MENGHASILKANNYA..
(saya belum lagi menunjukkan proses demi proses penghasilan tenunan ini...)
RASIONAL : MENGAJAR SAYA ERTI TIDAK PUTUS ASA DAN SENTIASA BERSEMANGAT!
IDENTITI : MASYARAKAT MELAYU YANG PERLU KITA HAYATI DAN JADIKAN AMALAN (saya cakap macam ni sebab ini adalah hasil masyarakat melayu tradisional dan ia merupakan salah satu identiti masyarakat ini yang perlu dipelihara sampai bila2..saya juga ingin tegaskan bahawa ia juga dapat mencerminkan budaya dan adat masyarakat melayu dahulu).

"(^;^)" SMILE ALWAYS IS ME!!!

fashion SHOW batik at UPSI 2008

TANGGAL 10HB OKTOBER 2008

KAMI BERSATU HATI untuk membantu seorang kawan dalam menjayakan persembahan feshen dengan menggayakan busana pengantin yang direka khas oleh beliau...
pengalaman yang tidak dapat dilupakan sehingga hari ini..em biasalah bukan senang nak bergaya dengan busana pengantin lagi2 kat UPSI,tempat saya belajar tu!!!
huhuhu...bayangkan?!
saya tak sangka gak sebenarnya sebab bukan ape, sy ni pemalu orangnye..pemalu sangat2..tp tak tau nape tiba2 boleh berhadapan dengan situasi camni! huhu...mungkin ini peluang yang sangat baik tuk saya lalui sepanjang hidup sy...
tp ape yang penting ialah kita harus berfikiran positif dan sentiasa berfikiran terbuka...bukan salah kita mencuba sesuatu pengalaman yang boleh jadikan kita seorang yang sentiasa berani tampil di hadapan dan sentiasa maju dan dominan dalam sesuatu bidang dan kehidupan kita kan?
saya tak gentar pun dan ini satu pengalaman yang sangat mencabar diri saya tuk tampil dengan yakin kerana lau saya tak yakin, habislah design kawan saya tu..huhu...walaupun pada mulanya semasa sesi raptai saya agak malu2 dan sentiasa mendapat teguran daripada instruktor..huhu..biasala kita bukan model..nk bergaya n tunjuk action kat depan khalayak bukan senang kan?tp alhamdulillah saya mampu laluinya walaupun saya "nak suko jugok" huhu...biasalah kan?

haha...dalam hidup ape yang penting ialah kita perlu sentiasa terbuka dan sentiasa berfikiran positif dan perlu juga ada kesabaran yang tinggi dalam menghadapi liku2 hidup ni...lau kita sentiasa mudah marah, atau tidak sabar serta tidak terbuka, kita akan dipinggirkan dan selalu mendapat masalah kerana kita sukar menerima sesuatu perubahan atau pembaharuan! betul tak?
so ape yang penting? kerjasama! hehe...saja je tu...
nak tgk lagi ke gimitku? hahaha ..

KESUSAHAN YANG DIALAMI...

SALAM...dan salam sejahtera...
em korang tau ape yang sedang saya alami?
nak cari biodata pelukis batik Malaysia yang sorang ni...
punya lah susah....
nk kena bt penulisan ilmiah lak tu....
camne ek?
nk goreng ke?mana boleh kan?huhu....tak pelah...
kita kena bersabar n cuba cari lagi kan?
MOTIVASI : KITA JANGAN PUTUS ASA..
MORAL : SENTIASA BERSABAR DENGAN TANGGUNGJAWAB YANG DIPIKUL
RASIONAL : SENTIASA BERFIKIRAN POSITIF DAN MAJU...

Betul tak?

putri_alieya86@yahoo.com

assalamualaikum dan salam sejahtera...

pertamanya, selamat datang ke my blog spot...
kali kedua saya bt blog..hehe...
em so ape crita????
sebenarnya banyak cerita yang boleh dikongsi...
tp sekarang saya lagi sibuk dengan batik...
oh ya sebut pasal batik, sy merupakan student UPSI yang mengambil bidang pendidikan seni dan bahasa Melayu. oleh yang demikian, saya mengalu2 kan kedatangan tuan dan puan serta adik dan kakak, serta pak cik dan makcik tuk datang beramai2 ke pameran terbuka pelajar2 seni semester 2, 4 dan 6 pada 16 april 2009, bertempat di Galeri Seni, Upsi.
em tiap2 tahun kami adakan pameran dan persembahan fesyen tuk student yang mengambil studio batik. namun, pada kali ini, hanya pameran diadakan kerana pensyarah kami ingin membuat kelainan dari segi persembahan produk untuk disembahkan...

oleh itu, datanglah beramai2 melihat sendiri keunikan dan keagungan seni batik yang sentiasa menjadi kebanggaan kita rakyat malaysia khususnya kaum Melayu....
samalah kita memartabatkan seni dan warisan Melayu yang tidak pernah dilupakan dan ditinggalkan....

hehe...sekian..